Hero and Heroin saya

INI BUKAN METEOR GARDEN, TAPI METEOR ??


Saya hanya berkongsi ^_^

Photo: Tahi bintang selaju 54,000 kilometer sejam meletup di udara
Moscow: Sekurang-kurangnya 1,000 orang cedera selepas tahi bintang seberat 11 tan melalui kawasan pergunungan Ural, Russia, awal semalam.

Tahi bintang itu mempunyai kelajuan 54,000 kilometer sejam dan meletup pada ketinggian 30 hingga 50 kilometer di udara, kata Akademi Sains Russia.

Letupan itu menyebabkan kaca pecah di banyak tempat, kata Kementerian Kecemasan Russia yang mengesahkan 34 orang terus dirawat di hospital, tiga daripada mereka parah.

Bunyi sonik
Tahi bintang biasanya akan mengeluarkan bunyi sonik ketika masuk ke atmosfera kerana bergerak melebihi kelajuan bunyi.

INFO: Tahi bintang
* Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi
* Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam
* Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
* Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun
* Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera
* Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu

Sumber daripada: Berita Harian

BERITA TERKINI MENGENAI JATUHAN METEOR DI RUSIA

Berdasarkan sumber dari NASA daripada analisa awal telah mengesahkan seperti yang dijangka iaitu jatuhan meteor di Rusia dan asteroid 2012DA14 adalah dua isu yang berbeza. Ini disahkan melalui trajektori jatuhan meteor di Rusia (arah trajektori dari utara ke selatan) yang berbeza sama sekali dengan trajetori 2012 DA14 (arah trajektori dari selatan ke utara).

Selain daripada itu, mengikut laporan dari Pejabat Program Near-Earth Object, NASA menyatakan jika tahap kerosakan di Rusia dapat dikenalpasti dan disahkan, maka saiz asteroid itu akan dapat diramalkan. Mengikut laporan awal menyatakan kemungkinan saiz meteor itu ialah beberapa meter sebelum terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Selain daripada itu, ia terlalu awal untuk menyatakan tenaga yang terhasil kesan daripada letupan di atmosfera tersebut atau parameter atau saiz sebenar meteor tersebut.

BERITA TERKINI MENGENAI ASTEROID 2012DA14

Tepat jam 0325 pagi nanti, 16 Feb 2013, asteroid 2012DA14, akan berada di kedudukan terdekat dengan bumi iaitu pada ketinggian 27,700km iaitu merupakan asteroid yang pernah terdekat mendekati bumi dalam 15 tahun yang lepas. Ini menjadikan orbit asteroid ini lebih dekat daripada orbit satelit komunikasi dan penyiaran yang berada pada ketinggian 36,000km dari aras bumi(orbit geo-segerak).
Namun disahkan setakat ini berdasarkan penganalisaan data, asteroid ini tidak akan berlanggar dengan sebarang satelit di orbit mahupun Bumi. Sehubungan dengan itu, asteroid ini tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan gangguan kepada bumi dan sistem-sistem teknologi di Bumi.

Observatori Negara Langkawi (ONL) memaklumkan penjejakan asteroid itu telah dimulakan di ONL. Kelajuan asteroid itu yang tinggi menyukarkan ia dijejak secara berterusan serta menghalang usaha pengimejan yang hendak dibuat. Ini ditambah lagi dengan langit yang mendung di Pulau Langkawi sekarang ini. Namun, ANGKASA melalui ONL terus memantau pergerakan dan orbit asteroid tersebut.
Sekian, terima kasih

Sumber
Mhd Fairos bin Asillam
Koordinator Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara
0230, 16 Februari 2012

Sharing is Caring kan ? ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...