Hero and Heroin saya

Kembali ke uitm

huh ! lega . . tu jer usema boley cakap . . nothing better than that . . agak kepeningan kepala ni sebab hujan tadi lebat gila . .then bagasi pulak berat macam sauh kapal . . nak salahkan sape je kan ? tak lain tak bukan diri sendiri . . tiba-tiba rasa tak ada idea pulak nak taip . .nak upload picture tadapat sebab tenet lembap macam siput gondang pregnant 9 bulan . . okay bye :)
Sharing is Caring kan ? ^_^

2012 :)

Finally, finally, finally assignment siap jugak setelah berulang alik ke public library selama seminggu . . Happy sesangt kot . . Tapi tak boleh nak happy sangat la kan sebab nanti time IMD101, mana la tahu kot kot assignment usema akan dikoyakkan. . Da la ni assignment pertama usema sepanjang belajar kat Uitm . . erm . . tapi duka lara ni tak lama sebab nanti kite dating nga cicak kite kot . . kikiki . . gatai noo . . udah-udah ler. . takde makne nye dating-dating ni haa . . kan ? kan ? Zaman jahiliah dulu ade laa dating-dating ni . . sekarang da besar panjang kot . . da tahu mana yang baik mana yang tak baik . . Setakat keluar ramai-ramai tu okay la kan ?


 haa satu ag nak cerita . . balik dari kedai tadi kan, usema basah kuyup kot . . hujan yang turun bagaikan mutiara.. kalau betol-betol mutiara turun kan best..usema boleh sediakan baldi ke, kawah ke.. boleh tadah mutiara-mutiara tu.. tapi bende ni takkan laa nak happen kan ? nak kiamat kot kalau betol-betol happen! okay.. da lari sangat-sangt-sangat dari topik asal tadi . .


 okay.. back to hujan punyer cerita..best gila kot . . kahkahkah! kerana assignment usema basah kuyup . . hope lecturer usema view laa entry usema ni . . baru tau betapa besarnya pengorbanan usema nak siapkan assignment die . .


 mintak-mintak laa demam esok . . mintak demam pulak dah . . ish ish ish . . memang sifat manusia camni kan ? tak bersyukur dengan apa yang ada . . kan? kan?




Sharing is Caring kan ? ^_^

Pernahkah kita terfikir . .





Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..

Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"
Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena... Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...


 ♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia


~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ~

Sharing is Caring kan ? ^_^

Kasih ibu dan abah

Semakin hari kita makin membesar , kita ingin berseronok. Tetapi kita tidak sedar ibu bapa kita semakin tua , mereka inginkan kasih sayang kita. .

 So, hargailah ibu bapa korang. .Anak-anak sekarang ni lebih pentingkan kawan-kawan daripada ibu bapa . .Kawan ketika senang ramai, kawan ketika susah sukar dicari. .Kan ? Tapi kalau ibu bapa, tak kira sesukar mana dugaan yang dihadapi, mereka akan berada disamping kita dan mendoakan kita . . Kan ? Kan? Sape-sape tak setuju usema sekeh kepale . . Ada berani ?



Sharing is Caring kan ? ^_^

Jumaat Penghulu Segala Hari . .

Jom kaum ADAM, pilih yang terbaik :)


 Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta.


Dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina.

Sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk.

Sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam.

Dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima, sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah. "

(H.R Bukhari)

Sharing is Caring kan ? ^_^

Menangis

Menangislah di dunia, sebelum kamu menangis disana; Rasulullah saw bersabda, “Ada dua titisan yang Allah cintai. Pertama titisan darah para syuhada, dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah."


Sharing is Caring kan ? ^_^

Melangkah lagi lagi dan lagi ke LIBRARY

LIBRARY !! tak kusangka tak kuduga akan melangkah ke situ . . Tempat paling nak di avoid sejak kecik . . nak tau kenape ? sebab tempat tu sunyi jer . . usema takot tempat yang sunyi sepi tanpa suara..


Nasib baik library ni cantik . . so takde laa rasa malas sangat . .tapi da kalau hari-hari pergi sana . . rasa nak termuntah tengok buku-buku yang tersusun rapi kat rak . . pergi sana pun semata-mata nak siapkan assignment IMD :) menangis jugak laa nak siapkan assignment tu haa . . tapi agi idop agi ngelaban kan ?? agak-agak kan , mesti makcik guard yang jaga pintu tu da lali tengok muke yang tak brape nak comel ni . . nak buat cam mana kan ? redah jelaa . . tebal jugak muka ni haa.. (eleh! cakap macam aku sorang je yang keluar masuk library tu !) 


Lunch plak, jalan kaki pergi MydinMall . . singgah beli kopok . .





nyum! nyum! kopok sedap . . penjualnye pun comel lote bak kate orang ganu . .
lai lai lai . . .
jalan-jalan lagi . . .
window shopping !!
nak shopping betul-betul tu maklom lah kan . .
duit terlampau banyak . . .
sampai penuh bag !
so ambik keputusan jalan-jalan jer sambil cuci mata . . .
beli kopok pun sudah..
ROTI BOY pula lah ! wajib kot kalo pergi giant . . sodap laa sesangat roti boy menurut usema :)




Lepas tu ape ? melangkah ke library balik laa.. mencari sisa-sisa bahan rujukan . . ayat tak bley bla je kan ? kikiki . .

Sharing is Caring kan ? ^_^

OM114 2011 :)



Meh meh meh kite berkenalan dulu nga bebudak kelas usema ye ?



kecik ye ? alaa... apa susah.. klik jer pada pic tu haa..
kuar laa muka-muka yang cantik lagi hensem dan tampan..
kalau ada sape-sape yang berminat nak jadikan pasangan hidup..
ape tunggu lagi ?
inbox usema okay . .
 akanku adakan blind date yang tak brape nak blind . . .
ni ade lagi haa.. macam-macam gaya ade..



yang ni posing ayu mengalahkan ayu raudah :p




yang ni sebab kami memang tengah lapar... !! :p

Sharing is Caring kan ? ^_^

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum..(tak jawab dose!)

first of all, usema nak ucap SELAMAT DATANG ke blog usema yang serba biasa ni :) Alhamdulillah, terbukak hati balik nak buat blog lepas blog lama musnah jahanam dilanda banjir.. kikiki.. Macam laa blog lama tu barang..kuang kuang kuang..takpe laa.. let bygones be bygones lah yer.. yang penting blog baru ni nafas baru buat usema..tambah-tambah lagi nanti da nak masuk tahun baru.. kan ?

kalau bercakap mengenai tahun baru,semestinye orang akan pikir pasal AZAM baru kan ? alaa.. actually,azam baru tak semestinye time tahun baru kan ? kan ? papepun, usema nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU jugak kat you all :D Peace no war okay !
Sharing is Caring kan ? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...