Hero and Heroin saya

Fakta menarik mengenai MATA kita!





1. Bayi yang baru dilahirkan tidak akan mengeluarkan air   mata apabila menangis sehingga mencapai umur 4-13 minggu. 

2. Mata manusia akan berkelip kira-kira 12 kali satu minit dan kira-kira 4 200 000 kali setahun.

3. Dalam banyak-banyak otot yang ada di dalam badan, otot yang mengawal mata adalah paling aktif. 

4. Mustahil untuk bersin dengan mata yang terbuka. 

5. Saiz mata manusia sentiasa kekal semenjak kecil tetapi hidung dan telinga sentiasa membesar. 

6. Apabila mata berkelip, ia membantu untuk membersihkan sekeliling bola mata supaya sentiasa bersih dan lembap. Apabila terdapat sesuatu benda cuba untuk masuk ke dalam mata, kita akan berkelip secara automatik. 

7. Badan kita mempunyai perlindungan semulajadi untuk melindungi mata. Bulu mata membantu untuk membuang habuk daripada mata. Kening pula berfungsi sebagai mengelakkan peluh daripada masuk ke mata. 

8. Kornea ikan jerung digunakan dalam pembedahan kerana mempunyai persamaan dengan mata manusia. 

9. Penyebab utama yang menyebabkan mata buta adala disebabkan penyakit diabetes. 

10. Berat bola mata manusia adalah kira-kira 28 gram.

11. Mata manusia dapat membezakan 500 jenis warna. 

12. Kornea merupakan satu-satunya tisu hidup dalam badan yang tidak mempunyai saluran darah. 

13. Membaca pada skrin komputer adalah 25% lebih lambat berbanding pada kertas.

14. Semua bayi yang baru lahir mempunyai masalah buta warna. 

15. Sesetengah manusia akan mula selesema jika terdedah kepada cahaya matahari ataupun cahaya masuk ke dalam mata.

Sharing is Caring kan ? ^_^

5 comments:

Fais-SKA said...

unik jugak mata manusia ni..ptt la mata baby cumil & besar je..sbb mata 2 xkn besar2..hu3..

Unknown said...

haha..kan? kan Allah swt ciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian :)

fazaira said...

ermm.. fakta yg menarik.... dan sebaik-baik mata adalah mata hati yg tidak buta...

Cik Nor said...

good sharing

Mormor said...

hehe , dapat ilmu baru kt sini :) tx awak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...