

Soleh adalah baik, taat kepada Allah SWT, menjauhi laranganNya dan mentaati perintahNya.
Muslih pula, selain merupakan seorang yang soleh, dia berusaha men'soleh'kan orang lain.
Soleh hanya untuk diri sendiri. Cukup sekadar jaga diri sendiri.
Tetapi hendak menjadi seorang yang muslih, perlunya pada sensitiviti yang tinggi, pengurusan yang baik, strategi yang mantap, pandangan yang jauh, dan kumpulan(team) yang mantap.
Kerana muslih bukan sahaja hendak memperbaiki dirinya, tetapi juga orang lain.
Maka bila kita menaikkan pemimpin, pemimpin kena ada ciri-ciri muslih ini. Tidak boleh sekadar soleh. Lerana pemimpin perlu memimpin orang lain.
Dan kita hakikatnya adalah pemimpin. Maka kita kena didik diri kita agar tidam sekadar soleh, tetapi mampu menjadi muslih.
Bermula dengan diri dan yang terdekat, kemudian kepada masyarakat.
2 comments:
nice sharing :) 1st time dgr muslih..
Betul, kena mulakan dengan diri sendiri dulu..
Post a Comment