Hero and Heroin saya

BEWARE !


selamat pagi semua..huh pagi pagi title entry dah buat anda terkejut..bukan setakat korang, usema sendiri pon terkejut tau ..usema ada tertengok, terpandang, terjeling picture ni kat facebook..so nak share dengan korang semua..berhati-hati sebelum makan buah epal.. untuk tahan lama, buah epal akan disalut dengan lilin yang mungkin akan membawa bahaya kepada anda..erm..bijak bijak 




kepada yang dah tahu tu, alhamdulillah.. yang tak tahu? okay dengan ini officially kite geng ! :)

Sharing is Caring kan ? ^_^

PETUA IMAM SYAFIE




Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Sharing is Caring kan ? ^_^

Sungai terjernih di dunia!


so kalau korang nak tau ni la Sungai Verzasca yang terletaknya di Switzerland yang mempunyai air yang sangat jernih sehingga boleh nampak keadaan di atas sangat jelas. awww! super duper awesome kan? 









nasib baik sungai ni kat Switzerland kan? kalau tak mesti bawak satu family pergi berkelah..kikiki

Sharing is Caring kan ? ^_^

Beza SOLEH dan MUSLIH


Soleh dan Muslih.

Soleh adalah baik, taat kepada Allah SWT, menjauhi laranganNya dan mentaati perintahNya.

Muslih pula, selain merupakan seorang yang soleh, dia berusaha men'soleh'kan orang lain.

Soleh hanya untuk diri sendiri. Cukup sekadar jaga diri sendiri.

Tetapi hendak menjadi seorang yang muslih, perlunya pada sensitiviti yang tinggi, pengurusan yang baik, strategi yang mantap, pandangan yang jauh, dan kumpulan(team) yang mantap.

Kerana muslih bukan sahaja hendak memperbaiki dirinya, tetapi juga orang lain.

Maka bila kita menaikkan pemimpin, pemimpin kena ada ciri-ciri muslih ini. Tidak boleh sekadar soleh. Lerana pemimpin perlu memimpin orang lain.

Dan kita hakikatnya adalah pemimpin. Maka kita kena didik diri kita agar tidam sekadar soleh, tetapi mampu menjadi muslih.

Bermula dengan diri dan yang terdekat, kemudian kepada masyarakat.


cc to : Hilal Asyraf

Sharing is Caring kan ? ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...